+Sumber Informasi Graduan Sc. Comp. & IT+

Dunia Graduan atau Lepasan Graduan Sains Komputer atau IT

30th June 2008

Menentukan Arah Kiblat dengan Tepat - Teknologi Google Maps

Anda mungkin baru berpindah ke rumah baru ? Ingin menunaikan solat tetapi keadaan sekeliling jiran anda bukan beragama Islam (mahu bertanya). Anda berada di negara orang dan tidak tahu di manakah arah kiblat yang sebenar ? Anda tidak pasti arah kiblat sebenar di rumah anda kerana surau / musolla / masjid jauh di rumah anda (susah nak tentukan secara tepat jika menggunakan imaginasi arah kiblat masjid dengan kediaman anda ;) ) ? Usah khuatir lagi, cuba layari laman QiblaLocator.com untuk penentuan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan teknologi Google Maps.

Mudah Digunakan

Hanya masukkan nama daerah, negeri dan negara (terutamanya di Malaysia) dan klik butang ‘Carian’ maka Google Maps mula memaparkan gambar peta kawasan yang anda kehendaki. Untuk paparan yang lebih jelas, klik butang ‘Hybrid’ untuk imej 3D yang lebih tepat dan laraskan ‘zoom’ anda ke kawasan yang anda kehendaki . Garisan lurus merah adalah arah kiblat sesuatu kawasan tersebut. Anda juga boleh merujuk nilai latitud dan longitud serta darjah arah kiblat yang sebenar.

Kaedah Lain Tentukan Arah Kiblat

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kompas (jika anda tahu darjah arah kiblat yang sebenar) sekiranya mahir menggunakan. Tanpa kompas sekalipun, anda boleh tentukan arah kiblat dengan mencari bintag Qutbi (Polaris) atau Buruj Belatik (Babadur Orion) [p/s: dengan syarat anda mempunyai ilmu Falak] atau menentukan kedudukan posisi matahari iaitu arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat. :D

Sumber Rujukan : Cyber Mosque, MPSJ

posted in Info, Ilmu | 0 Comments

27th June 2008

Tips Asas Rangkaian Tanpa Wayar di Rumah atau Pejabat Mini

Anda baru membeli laptop atau PC dan berminat untuk melayari Internet tetapi anda tidak tahu bagaimana mahu untuk memulakannya :? . Usah risau, entri kali ini akan memperkatakan secara ringkas pemasangan PC/Laptop ke sambungan Internet dengan mudah dan murah. Sebagai permulaan, anda perlu mengenal pasti perkakasan tanpa wayar mana yang sesuai sama ada modem yang berasingan (separate modem) atau router tanpa wayar (Wireless Router) atau anda mahu kedua-duanya dalam satu pakej perkakasan.

Teknologi Tanpa Wayar 802.11x

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis standard dalam teknologi tanpa wayar hari ini iaitu 802.11a, b,g dan draft-n. Anda tidak perlu risau dengan kod standard tersebut. Sebagai makluman, semakin rendah abjad kod standard tersebut, semakin tinggi kelajuan sambungan ke Internet. Walau bagaimanapun, 802.11g sudah memadai dengan keperluan anda pada hari ini.

PCMCIA Card dan USB Wireless Adapter

Selain itu, sesetengah PC spesifikasi terkini sudah menyediakan perkakasan tanpa wayar dan selalunya sudah terbina dalam (built-in) pada laptop berjenama pada hari ini. Bagi sesetengah PC atau laptop yang tidak mempunyai teknologi tanpa wayar, anda boleh menyambungkan kad pintar akses tanpa wayar seperti PCMCIA card atau menggunakan USB Wireless Adapter. Anda boleh dapatkannya di kedai komputer berhampiran. Cuma pasang, instalasi perisian perkakasan dan akses Internet. Sungguh mudah dan cepat.

Peringatan

Apabila selesai memasang perkakasan tersebut, pastikan anda boleh melayari terus ke Internet. Pada pengguna atau pelanggan Modem Jalur Lebar (Wireless Broadband), pastikan perisian FireWall PC/laptop anda tidak menghalang port sambungan ke Internet. Peringatan kepada pengguna yang menggunakan Router Tanpa Wayar (Wireless Router), pastikan anda mensetkan Wired Equivalent Privacy (WEP) atau username dan password supaya sambungan Internet anda tidak digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakkan pengguna lupa menentukan kata laluan tersebut.

Sekali lagi Diingatkan

Jika perkara tersebut diabaikan, maka ada pihak sewenang-wenangnya menggunakan saluran percuma tersebut untuk memuat turun secara ekstrem (Torrent Download ;) ). Sekali lagi diingatkan, ketika ribut atau kilat sambar menyambar, elakkan atau matikan suis dari terus menggunakan perkakasan tanpa wayar tersebut. Ini akan mengakibatkan kerosakan (short circuit) pada perkakasan tersebut. Selamat Melayari Internet dengan Selamat dan Cermat. :)

posted in Info | 0 Comments

25th June 2008

Video - Skrin Laptop Berbilang Sentuhan (Multi-Touch Screen Laptop)

Saya teruja melihat hasil kajian dari kumpulan penyelidik dari Microsoft Research, Cambridge ini. Skrin berbilang sentuhan di skrin laptop ini menggunakan OS Windows Vista mampu menggerakkan objek di skrin menggunakan ke semua jari anda. Wow, teknologi sedia ada hanya menerima input satu sentuhan atau single touch screen di skrin sama ada di laptop(model tertentu) atau PDA. Ini hanya teknologi prototaip sahaja yang menggabungkan prinsip kejuruteraan elektronik dan sains komputer serta belum lagi dikomersialkan. Mari kita saksikan bersama kecanggihan teknologi ini. ;)

posted in Penyelidikan | 1 Comment

Sila Masukkan Emel Anda Untuk Mendapatkan Artikel Blog Ini Secara PERCUMA:

Disediakan oleh FeedBurner

  • My Friends

BlogMalaysia.com


This blog has been fine-tuned with 4 WordPress Tweaks.